SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN

Monday 13 August 2012

SEJARAH SEKOLAH




SEJARAH SEKOLAH
Mengikut sejarahnya, luas tapak sekolah ialah 2A, 3R, 35P daripada jumlah itu 2A, OR,OP telah diwakafkan oleh Tuan Haji Mansor bin Haji Nor dan bakinya OA, 3R, 35P telah diwakafkan oleh Puan Hajjah Paijah binti haji Siraj.
Pengasas sekolah ini diketuai oleh Tuan Haji Mansor bin Haji Nor sebagai ketua Kampung Bahru, Mukim Sri Gading, Batu Pahat dengan gotong-royong penduduk kampung. Sumbangan juga diterima dalam bentuk wang dan tenaga.
Nama asal sekolah ini menurut kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Sekolah, nama Sekolah Kebangsaan Seri Aman telah diberi oleh Tuan Syed Esa bin Alwee (Nazir Sekolah Melayu batu Pahat) kerana mengambil sempena “BAIK DAN AMAN” mengambarkan keadaan penduduk Kampung Bahru yang hidup bermuafakat, bekerjasama dan bergotong-royong untuk mendirikan sekolah dengan menderma wang dan tenaga kerja di samping bantuan wang kerajaan.
Berikut beberapa gambar-gambar kenangan untuk tatapan:
Perasmian SK Seri Aman pada 11.04.1955










TAHNIAH

TAHNIAH